Saturday, August 28, 2010

MINIT MESYUARAT MATEMATIK KALI PERTAMA 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP LAYANG-LAYANG
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA SESI 2010


Tarikh : 29.12.2009

Masa : 10.00 pagi

Pengerusi : Encik Raden Hussin bin Raden Hassan

Guru yang hadir :

1. Pn.Hjh. Rafeah bte Tahir
2. Encik Azrul Ain bin Abu Bakar
3. Puan Zaimah bte Abd. Rahman
4. Puan Roslinda bte Md Noh



Guru yang tidak hadir : Tiada


1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat ini.

1.2 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menentukan program sepanjang tahun 2010.

1.3 Semua projek/program yang dicadangkan perlu bertumpukan kepada semua tahap murid-murid.

1.4 Tuan Pengerusi menegaskan bahawa peranan guru matematik amat penting untuk mencapai matlamat 90% kelulusan Matematik bagi semua murid dalam apa jua peperiksaan yang berkaitan dengan peperiksaan Matematik.

Tindakan dan makluman semua guru.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1 Diterima dan disokong: Pn.Zaimah bte Abd.Rahman
2.2 Disahkan:Pn.Roslinda bte Md Noh

2.3 Perkara berbangkit: Tiada


3. PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG LALU (KEPUTUSAN AKHIR TAHUN 2009)

3.1 Dimulakan dengan Tahap 1.Pn.Roslinda membentangkan keputusan Peperiksaan Akhir tahun bagi subjek Matematik. Peratus murid yang menguasai adalah:

Tahun 1 : 90.91%

Tahun 2 : 76.19%

Tahun 3 : 100%

Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru yang mengajar Matematik bagi kelas-kelas tersebut. Diharapkan keputusan ini dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

Tindakan: Guru Matematik Tahun 1 .2 dan 3


3.2 Pengerusi membentangkan keputusan Peperiksaan bagi tahun 4. Peratus murid yang menguasai adalah 52.17%. Beliau memaklumkan bahawa ada 11 orang murid yang tidak menguasai. Beliau berpendapat bahawa murid yang tidak menguasai ini mempunyai kelemahan dari segi menguasai sifir dan tidak menguasai konsep asas Matematik iaitu Tambah,Tolak,Darab dan Bahagi.

Tindakan dan makluman semua guru

3.3 Puan Roslinda membentangkan keputusan Matematik bagi Tahun 5 dan 6. Masing-masing mempunyai peratusan lulus 31.82% yang mana hanya 7 orang sahaja yang lulus manakala tahun 6 :57.58%. Beliau berpendapat murid Tahun 5 ini juga tidak menguasai fakta asas Matematik. Selain dari itu murid juga kurang pendedahan dan kurang dari segi menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 Matematik. Ada juga murid yang mendapati bahawa soalan sedikit sukar kerana banyak soalan yang berkaitan dengan KBKK.

3.4 Pengerusi mendapati bahawa peratusab kelulusan Matematik ini adalah terlalu rendah. Beliau mencadangkan beberapa aktiviti :

1. Penghafalan sifir 5 minit sebelum memulakan kelas.
2. Aktiviti pengayaan murid dengan memberikan latih tubi bedasarkan tahap mereka.

Tindakan : Semua guru Matematik.

3.5 Puan Zaimah membentangkan keputusan UPSR Matematik yang mana peratus Matematik UPSR 2009 adalah 79%..

3.6 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah membimbing murid dalam subjek Matematik.Diharapkan guru akan berusaha meningkatkan keputusan subjek ini pada masa akan dating

3.6 Pengerusi juga mengingatkan bahawa markah akhir tahun ini dijadikan sebagai TOV untuk tahun hadapan. Markah ETR murid mesilah lebih tinggi daripada markah TOV murid.

Tindakan: Semua guru Matematik

4. PERBINCANGAN PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2010

4.1 Kursus /bengkel In-House Training: Bahan-bahan multimedia untuk pengajaran Matematik. Ketua panitia sedia membantu mengendalikan kursus Ini.

Tindakan: Guru Matematik

4.2 Program Ceria Minda telah dicadangkan oleh Puan Roslinda bte Md Noh. Objektifnya agar murid mahir dengan menguasai kemahiran asas Matematik. Program lebih tertumpu kepada kuiz serta latihan berkala di dalam kelas.

4.3 Puan Hjh.Rafeah mencadangkan untuk diadakan Program Ulangkaji Strategik dam Learning To Score.Ianya lebih tertumpu kepada Murid-murid Tahun 6.

4.4 Puan Zaimah bte Abd.Rahman mencadangkan tentang bengkel /teknik menjawab soalan UPSR untuk mata pelajaran Matematik.

Tindakan: Semua guru Matematik


4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa Tuisyen STF akan diteruskan untuk murid-murid Tahun 6 manakala Tuiyen SBT akan dimansuhkan pada tahun ini,
Tindakan: Semua guru STF dan SBT

4.6 Pengerusi juga mencadangkan supaya diadakan Program Minggu Matematik. Ini adalah satu usaha untuk murid-murid minat pada subjek Matematik.

4.7 Pengerusi juga berharap agar satu Program Intensif diadakan untuk murid Tahun 5 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada Tahun 2010. Beliau juga mencadangkan Program Mentor dan mentee di kalangan murid di dalam kelas yang mana murid yang baik yang bertindak sebagai Mentor akan membimbing murid yang lemah iaitu sebagai Mentee.Program ini akan dipantau oleh guru Matematik yang mengajar di dalam kelas tersebut.

Tindakan : Semua guru Matematik
4.8 Disamping itu semua guru Matematik diharapkan dapat membantu guru Tahun 6. Mereka boleh membimbing murid yang lemah apabila mereka tidak ada kelas.Guru Tahun 6 yang mengajar subjek Matematik perlu menyediakan satu modul yang akan digunakan oleh guru yang membantu murid yang lemah tersebut.

Tindakan: Semua guru Matematik

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mencadangkan agar guru yang pergi berkursus dapat membuat In-House Training sebagai pendedahan kepadan guru-guru yang lain.

5.2 Beliau juga menggalakkan guru untuk mengemukakan masalah P&P yang dihadapinya semasa mengajar subjek Matematik itu di kelas masing-masing.

5.3 Penggunaan buku tulis juga mesti selaras. Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa jumlah buku latihan untuk Matematik adalah 3 buah buku latihan.Sekiranya perlu guru juga boleh menambah sebuah buku lagi.

5.4 Pembetulan juga hendaklah dilakukan bagi setiap latihan yang salah yang dilakukan oleh murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:



………………………. ………………………
(PUAN ROSLINDA BTE MD NOH)

No comments:

Post a Comment